VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK

Dianugerahkan kepada Artis yang layak. Setiap Duo/Kolaborasi hanya boleh mencalonkan satu (1) lagu dalam kategori ini Contoh (Duo) – Dato’ Jamal Abdillah & Allahyarhamah Siti Sarah. Contoh (Kolaborasi) – Datuk Amy (Search), Dato’ Jamal Abdillah, Allahyarham Saleem (Iklim) dan Zamani (Slam).

Bahawasanya dengan mengemukakan borang pencalonan ini, kami dengan ini memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma-terma & syarat dalam kriteria AIM24 seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Syarikat Rakaman dan Syarikat Produksi dengan ini tanpa ragu-ragu memberikan kuasa sepenuhnya kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan membenarkan atau melesenkan lagu dan/atau video muzik dari album/single yang dicalonkan untuk dimuatkan di dalam album kompilasi Calon AIM24, dan juga membenarkan artis/lagu/album ditampilkan di dalam persembahan ‘live’ yang mungkin akan disiarkan di televisyen untuk tujuan promosi majlis, di mana pemilihan dan syarat-syaratnya diputuskan mengikut budi bicara mutlak RIM untuk dijual kepada umum dengan tujuan untuk mempromosikan acara AIM24.

Sila lengkapkan borang ini dengan tepat dan terang, berserta dengan bahan yang diperlukan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pencalonan anda terbatal dan yuran pencalonan tidak akan dipulangkan.

Kriteria:
– Lagu mestilah mengandungi persembahan vokal oleh duet atau kolaborasi
– Penghayatan lagu
– Teknik vokal
– Kawalan suara
– Intonasi
– ‘Pitching’
– Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
– Lagu mesti menepati kriteria kelayakan (rujuk terma 6 & 7 dalam terma & syarat)

Ready to Nominate Again?

Help us recognize more outstanding talent. Submit another nomination and celebrate excellence in the arts.