ARTIS BARU TERBAIK

Dianugerahkan kepada Artis yang layak. Kategori ini adalah untuk Artis baru, sama ada solo atau berkumpulan yang telah menerbitkan rakaman sulungnya yang memperkenalkan nama Artis tersebut dalam industri. Setiap Artis hanya boleh mencalonkan satu (1) lagu untuk kategori ini.

Bahawasanya dengan mengemukakan borang pencalonan ini, kami dengan ini memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma-terma & syarat dalam kriteria AIM24 seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Syarikat Rakaman dan Syarikat Produksi dengan ini tanpa ragu-ragu memberikan kuasa sepenuhnya kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan membenarkan atau melesenkan lagu dan/atau video muzik dari album/single yang dicalonkan untuk dimuatkan di dalam album kompilasi Calon AIM24, dan juga membenarkan artis/lagu/album ditampilkan di dalam persembahan ‘live’ yang mungkin akan disiarkan di televisyen untuk tujuan promosi majlis, di mana pemilihan dan syarat-syaratnya diputuskan mengikut budi bicara mutlak RIM untuk dijual kepada umum dengan tujuan untuk mempromosikan acara AIM24.

Sila lengkapkan borang ini dengan tepat dan terang, berserta dengan bahan yang diperlukan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pencalonan anda terbatal dan yuran pencalonan tidak akan dipulangkan.

Kriteria:
– Imej
– Persembahan
– Keupayaan Vokal
– Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
– Mestilah rakaman album/single pertama
– Lagu mesti menepati kriteria kelayakan (rujuk terma 6 & 7 dalam terma & syarat)

Ready to Nominate Again?

Help us recognize more outstanding talent. Submit another nomination and celebrate excellence in the arts.