Pencalonan terbuka untuk Album, “Single” dan Video Muzik yang diterbitkan di Malaysia dari 1 Julai 2022 – 31 Disember 2024.
[PENTING] Definisi “Tarikh Diterbitkan”:
Bagi Album dalam bentuk fizikal, ia adalah tarikh rasmi keseluruhan album dikeluarkan (“release date”) untuk tujuan jualan kepada orang awam dalam bentuk fizikal;
Bagi Album/”Single” dalam bentuk digital, ia adalah tarikh rasmi ianya dikeluarkan (“release date”) untuk tujuan jualan kepada orang awam dalam bentuk digital. Lagu mestilah boleh dimuat turun dalam bentuk lagu penuh dan bukan hanya sebahagian seperti “true tones” atau tona nada dering.
Bagi Video Muzik dalam bentuk digital, ia adalah tarikh rasmi Video Muzik penuh dikeluarkan (“release date”)
Pencalonan terbuka kepada semua Syarikat Rakaman dan Syarikat Penerbitan yang merupakan ahli kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Setiap pencalonan bagi setiap kategori harus disertakan dengan satu (1) Borang Pencalonan berserta material yang di muat naik ke pautan ini: [http://www.aim1.org.my/online-submission-2025]
Borang pencalonan
Lagu dalam format .wav (satu (1) lagu sahaja dalam versi asal dan berkualiti “mastering” – versi berlainan/’remix’ akan hilang kelayakan)
Tandatangan yang sah
Bukti pembayaran.
Pencalonan untuk setiap lagu hanya boleh dihantar untuk satu (1) genre muzik sahaja. (ditetapkan oleh Syarikat Rakaman/Penerbitan) – Pop, Rock, R&B/Hip-Hop, dsb.
Mana-mana artis yang bernaung di bawah Syarikat Rakaman atau Penerbitan yang merupakan ahli RIM yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah akan dianggap sebagai layak:
(a) Mana-mana artis yang merupakan warganegara Malaysia;
(b) Mana-mana artis yang mempunyai status pemastautin tetap dan telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah (semasa tempoh kelayakan dan dalam kelayakan terdahulu);
(c) Mana-mana artis luar yang berpangkalan di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah (semasa tempoh kelayakan dan dalam kelayakan terdahulu) dan yang bernaung di bawah Syarikat Rakaman atau Penerbitan yang merupakan ahli RIM.
(d) Bagi artis berkumpulan atau duo, sekurang-kurangnya 50% dari ahli kumpulan harus menepati salah satu kriteria di atas. Ahli majlis RIM berhak untuk menentukan kelayakan dalam keadaan khas di mana,sebagai contoh, artis berkenaan mempunyai hubungan sejarah dan budaya yang kukuh dengan Malaysia.
Mana-mana komposer/penulis lirik yang berada di bawah Penerbit Muzik Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah akan dianggap sebagai layak:
(a) Mana-mana komposer/penulis lirik yang merupakan warganegara Malaysia;
(b) Mana-mana komposer/penulis lirik yang mempunyai status pemastautin tetap dan telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah (semasa tempoh kelayakan dan dalam kelayakan terdahulu);
(c) Mana-mana komposer/penulis lirik luar yang berpangkalan di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah (semasa tempoh kelayakan dan dalam kelayakan terdahulu) dan ditandatangani di bawah penerbit muzik Malaysia.
(d) Ahli majlis RIM berhak untuk menentukan kelayakan dalam keadaan khas di mana, sebagai contoh, artis berkenaan mempunyai hubungan sejarah dan budaya yang kukuh dengan Malaysia.
Bagi kategori “Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik”, pencalonan lagu yang dihantar haruslah menepati kriteria berikut:
(a) Penglibatan sekurang-kurangnya 50% artis tempatan dalam lagu yang dicalon.
Bagi kategori “Album Terbaik”, penerbit haruslah menepati salah satu dari kriteria di bawah:
(a) Mana-mana penerbit yang merupakan warganegara Malaysia;
(b) Mana-mana penerbit yang mempunyai status pemastautin tetap dan telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah (semasa tempoh kelayakan dan dalam kelayakan terdahulu);
(c) Mana-mana penerbit luar yang berpangkalan di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan dalam setahun dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum acara anugerah (semasa tempoh kelayakan dan dalam kelayakan terdahulu).
Syarikat Rakaman bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan kategori yang sesuai dan betul untuk setiap pencalonan. Mana-mana penyertaan yang didapati mengandungi maklumat yang tidak betul atau tidak disertakan dengan maklumat dan bahan-bahan yang diperlukan akan dibatalkan. Yuran pencalonan tidak akan dikembalikan apabila pencalonan telah terbatal.
Dengan mengemukakan pencalonan, Syarikat Rakaman dan Syarikat Penerbitan dengan ini tanpa ragu-ragu memberikan kuasa sepenuhnya untuk membenarkan artis/lagu/album ditampilkan di dalam persembahan ‘live’ yang mungkin akan disiarkan di televisyen & platform digital untuk tujuan promosi majlis, di mana pemilihan dan syarat-syaratnya diputuskan mengikut budi bicara mutlak RIM dengan tujuan untuk mempromosikan acara AIM24.
Sebuah album harus mengandungi sebanyak minimum lima (5) buah lagu, dengan tempoh jangkamasa tidak lebih dari 15 minit.
Sekiranya terdapat pertikaian atau ketidakpastian dalam pencalonan lagu/album/video muzik, keputusan akhir tertakluk kepada budi bicara RIM.
Yuran pencalonan untuk setiap penyertaan ialah Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja (RM200.00) (Contoh: Untuk pencalonan Artis/Album/Lagu dalam tiga kategori – Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Album Terbaik dan Lagu Terbaik, jumlah yuran pencalonan adalah sebanyak RM600.00). Pembayaran pencalonan haruslah dibuat menerusi online transfer di atas nama:
Recording Industry Association of Malaysia Bank : Public Bank Berhad Nombor Akaun : 3-1494263-00