Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang DIPERSEMBAHKAN Oleh Artis Luar Negara

Dianugerahkan kepada Artis Luar Negara yang layak untuk lagu yang diterbitkan dalam tempoh pencalonan. Kategori ini adalah untuk persembahan vokal solo, duo dan berkumpulan.

Bahawasanya dengan mengemukakan borang pencalonan ini, kami dengan ini memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma-terma & syarat dalam kriteria AIM24 seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Syarikat Rakaman dan Syarikat Produksi dengan ini tanpa ragu-ragu memberikan kuasa sepenuhnya kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan membenarkan atau melesenkan lagu dan/atau video muzik dari album/single yang dicalonkan untuk dimuatkan di dalam album kompilasi Calon AIM24, dan juga membenarkan artis/lagu/album ditampilkan di dalam persembahan ‘live’ yang mungkin akan disiarkan di televisyen untuk tujuan promosi majlis, di mana pemilihan dan syarat-syaratnya diputuskan mengikut budi bicara mutlak RIM untuk dijual kepada umum dengan tujuan untuk mempromosikan acara AIM24.

Sila lengkapkan borang ini dengan tepat dan terang, berserta dengan bahan yang diperlukan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan pencalonan anda terbatal dan yuran pencalonan tidak akan dipulangkan.

Kriteria:
– Artis luar negara yang mempromosikan gubahan lagu Melayu di Malaysia
– Kualiti lagu
– Susunan muzik
– Kualiti rakaman dan penerbitan
– Persembahan vokal
– Minimum 60% terdiri dari Bahasa Melayu

Ready to Nominate Again?

Help us recognize more outstanding talent. Submit another nomination and celebrate excellence in the arts.